Dr Majdi
Mencintai dan Dicintai Allah SWT
Dalam doa Rasulullah SAW..
Buku Mencintai dan Dicintai Allah
-Dr Majdi Al-Hilari-
"Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepadaMu keredhaan terhadap ketentuanMu, ketenangan hidup sesudah kematian, kelazatan melihat wajahMu, dan kerinduan untuk berjumpa denganMu tanpa adanya halangan yang menyukarkan dan tanpa adanya ujian yang menyesatkan".
Disebutkan dalam sebuah atsar bahawa Allah SWT berfirman.."Ingatlah, sesungguhnya orang-orang ynag soleh telah lama rindu untuk bertemu denganKu. Padahal Aku jauh lebih rindu kepada mereka. Tidaklah para perindu itu rindu kepadaKu kecuali kerana kurnia kerinduanKu kepada mereka. Ingatlah, barang siapa mencari selainKu, nescaya ia tidak akan pernah mendapatkanKu. Adakah orang yang menghadap kepadaKu, kemudian Aku tidak menyambutnya? Adakah orang yang berdoa kepadaKu, iaitu Aku tidak makbulkan doanya? Dan adakah orang yang meminta kepadaKu, lalu Aku tidak memberi kepadaNya?..
Buku Mencintai dan Dicintai Allah
-Dr Majdi Al-Hilari-