Tulang rusuk lelaki
Kenapa hadis berkenaan wanita dari tulang rusuk lelaki hanya dipandang pada sisi kelemahan sahaja?
Satu sisi pada maksud saya ialah sifat kekurangan tulang rusuk yang bengkok dan perlukan perlindungan sahaja. Namun kita tidak cuba mendalami apa peranan tulang rusuk tersebut kepada pemilik tubuh badan tersebut kerana sebenarnya ia lebih menggambarkan peranan wanita disisi Adamnya.
Pandangan dari hadith dan ulama' terdahulu banyak dicatatkan di website mufti wilayah persekutuan disini. Hadith Penciptaan Hawa.
Dan ketika berbicara tentang sifat wanita, Ust Syafiq Riza juga telah menerangkan seperti berikut seperti video yang dikongsikan di Youtube iaitu:
Dan ketika berbicara tentang sifat wanita, Ust Syafiq Riza juga telah menerangkan seperti berikut seperti video yang dikongsikan di Youtube iaitu:
- Wanita dari tulang rusuk yg bengkok, bukan dari tulang tangan utk dipukul, bukan dr tulang kaki utk diinjak2, tapi dekat di lengan untuk dilindungi. Perlu dinasihati dengan baik, kerana tulang rusuk yg bengkok, kalau kau ingin luruskannya, ia patah. Tapi jika dibiarkan ia tetap bengkok. Maka nasihatilah wanita dengan cara yg baik.
- Kalau mahukan isteri, maka bersenang-senanglah dengan dia dalam keadaan dia bengkok. Yakni, bersenang-senang dengan wanita itu tidak akan tercapai jika tidak ada kesabaran.
