Me
The Author
nsazamn
Jannati Tsaani is a place where I share bite sized nuggets of wisdom from tadabbur of Quran and books, self-reflections on the places I visited and the people I met.
MORE ABOUT ME

Ar-R'ad 13:17

Banjir yang Membawa Buih-buih

Kejadian Buih Apabila Diturunkan Hujan

Al-Quran itu berbudi kepada anda mengikut sebanyak mana anda berbudi kepadanya. Ia membuka pintu hati anda dengan pancaran-pancaran sinar hidayat-hidayatnya, dengan saranan-saranan dan nada-nadanya mengikut selebar mana anda membuka pintu jati anda kepadanya, dan pada setiap kali itu ia kelihatan baru kepada anda seolah-olah inilah pertama kali anda bersua dengannya, seolah-olah anda tidak pernah membaca atau mendengar atau tidak pernah mengolahnya sebelum ini (Tafsir Fizilalil Quran).

"Kita sendiri usaha mengkaji dan meneliti adalah lebih baik, kontekstual ayat-ayat al-Quran. Pasti lebih tenang dan yakin, saya juga berusaha mencari penjelasan ayat-ayat kauniyyah yang memang menyuruh kita berfikir dan mengkaji" 
Dr Zulharon UTM.

Dari surah ar-R'ad (ayat 17)

Kauniyyah Studies

Kajian Ayat-Ayat Kauniyyah


Kami akan perlihatkan kepada mereka tanda-tanda kekuasaan Kami di merata-rata tempat (dalam alam yang terbentang luas ini) dan pada diri mereka sendiri, sehingga ternyata jelas kepada mereka bahawa Al-Quran adalah benar. Belumkah ternyata kepada mereka kebenaran itu dan belumkah cukup (bagi mereka) bahawa Tuhanmu mengetahui dan menyaksikan tiap-tiap sesuatu? Fussilat: 53
Allah SWT memperkenalkan diri kepada hamba-hambaNya dan mengajak mereka untuk merenungi ayat-ayatNya. Oleh itu, AlQuran banyak menyebutkan perintah untuk kita merenungi ayat2 dan bukti kekuasaanNya. Mengajak untuk berfikir dan memerhatikan, kerana terlalu banyak manfaat untuk seseorang hamba apabila berfikir dan mengkajinya. Semoga anda yang membaca dapat merasa kerendahan hati dan diri dengan memahami ayat-ayat kauniyah dan tadabbur AQ yang telah dan akan saya kumpulkan dari semasa ke semasa supaya kita sentiasa sedar siapa dan apa tujuan kita hidup di muka bumi Allah SWT ini. Penulisan blog ini adalah sangat bersahaja dan maafkan saya atas kekurangan ini.
Sumber: Makalah tentang ayat-ayat kauniyah


End