Kami akan perlihatkan kepada mereka tanda-tanda kekuasaan Kami di merata-rata tempat (dalam alam yang terbentang luas ini) dan pada diri mereka sendiri, sehingga ternyata jelas kepada mereka bahawa Al-Quran adalah benar. Belumkah ternyata kepada mereka kebenaran itu dan belumkah cukup (bagi mereka) bahawa Tuhanmu mengetahui dan menyaksikan tiap-tiap sesuatu? Fussilat: 53
Allah SWT memperkenalkan diri kepada hamba-hambaNya dan mengajak mereka untuk merenungi ayat-ayatNya. Oleh itu, AlQuran banyak menyebutkan perintah untuk kita merenungi ayat2 dan bukti kekuasaanNya. Mengajak untuk berfikir dan memerhatikan, kerana terlalu banyak manfaat untuk seseorang hamba apabila berfikir dan mengkajinya. Semoga anda yang membaca dapat merasa kerendahan hati dan diri dengan memahami ayat-ayat kauniyah dan tadabbur AQ yang telah dan akan saya kumpulkan dari semasa ke semasa supaya kita sentiasa sedar siapa dan apa tujuan kita hidup di muka bumi Allah SWT ini. Penulisan blog ini adalah sangat bersahaja dan maafkan saya atas kekurangan ini.
Sumber: Makalah tentang ayat-ayat kauniyah