I am thinking to start a different approach to tadabbur the Quran during Ramadhan this year. So I have been thinking, and have started doing actually, for every of the Quran page that I read the translation, I would pick 1 ayaat or several ayaat that for me is the most significant to be remembered on that particular page and share it here.
I hope this Ramadhan, I will get more deeds and pahala as well as His forgiveness by the end of this Holy month.

InsyaAllah.

┍━━━━━━━✿━━━━━━━┑

Tadabbur AQ Ramadhan 2020
by Nisa

P1
Alfatihah

P2
AQ menjadi petunjuk bg orang bertakwa. Orang yg bertakwa ialah orang yg beriman kepada perkara2 ghaib, mendirikan solat, mendermakan rezeki yg Allah beri pada mereka, beriman kepada kitab AQ dan kitab2 terdahulu, dan yakin adanya hari akhirat. Orang bertakwa ialah orang yang mendapat petunjuk dan orang2 yang berjaya.

P3
Orang kafir pula, diberi amaran ataupun tidak, sama sahaja pada mereka. Kerana Allah telah mematerikan atas hati mereka, pendengaran mereka, penglihatan mereka ada penutup. Untuk mereka azab seksa yg amat besar.

Golongan ketiga adalah gol. yg mengaku mereka beriman tapi sebenarnya mereka tidak. Dalam hati mereka org munafik itu ada penyakit, dan Allah tambahkan lagi penyakit itu. Mereka akan beroleh azab seksa kerana mereka berdusta. Mereka sebenarnya yg membuat bencana tapi mereka tidak menyedarinya. Mereka bersikap sombong dan mereka tidak mahu mengikuti orang yg sebenarnya beriman kerana memandang rendah kepada mereka. Mereka orang2 yang membeli kesesatan dengan meninggalkan petunjuk.

P4
Orang munafik itu orang2 yang terumbang-ambing kehidupan  mereka seperti 3 perumpamaan yg Allah berikan. (mungkin sebab itu ada antara orang yg kita nampak macam beriman, tapi keputusan mereka berubah-ubah, mcm flip-flop)

P5
Allah beri banyak perbandingan yang mungkin tak masuk akal pada pandangan manusia, tp tidak pada orang2 yg beriman kerana mereka tahu kebenaran perbandingan tersebut. Tapi dgn perbandingan itu, ramai yg sesat dan juga ramai yg mendapat petunjuk juga. Allah tidak menyesatkan melainkan orang2 yg fasik.

Orang2 fasik ialah orang yg mencabuli perjanjian dgn Allah sesudah mereka membuatnya dan mereka adalah orang2 yg rugi.

P6
Kisah awal kejadian manusia yg dipersoalkan malaikat kerana manusia hanya akan berbunuhan di muka bumi dan membuat kerosakan. Allah menunjukkan yang Allah mempunyai pengetahuan ttg makhluk ciptaanNya dan bukan seperti apa yg malaikat katakan. Apabila disuruh tunduk kepada Adam, maka malaikat tunduk kecuali Iblis kerana enggan dan takbur.

N.Adam melakukan perkara yg dilarang Allah lalu bertaubat dan Allah terima taubatnya.

P7
Sembahyang itu amat berat kecuali kepada orang2 yg khusyuk. Iaitu mereka yg percaya dan yakin bahawa mereka akan menemui dan kembali kepadaNya

P8
Menceritakan tentang kebaikan demi kebaikan yang diterima oleh pengikut Nabi Musa namun di balas dengan mereka menzalimi diri mereka sendiri dengan menyembah patung lembu. Allah ampunkan mereka dan hidupkan mereka kembali walaupun mereka meminta perkara yang bukan2.

P9
Mereka berterusan berlaku fasik (derhaka) dan diturunkan bencana kepada mereka. Mereka tidak bersyukur dengan perkara yg baik2 yang Allah turunkan kepada mereka lalu mereka menjadi hina dan miskin. Mereka juga membunuh nabi2, kerana mereka senantiasa derhaka dan suka menceroboh.

P10
Tidak kira org2 beriman, Yahudi n Nasrani dan Saabien yg beriman kpd Allah, hari akhirat dna beramal soleh, maka mereka tidak perlu bimbang dan tidak pula akan berdukacita atas pilihan mereka.

P11
Manusia banyak beralasan utk melaksanakan perintah Allah.

P12
Sanggup berbohong utk mendapat keuntungan dunia yang sedikit

P13
Memungkiri janji dan perjanjian kerana sumber yg salah (Taurat) yang telah diubah. Manusia cepat percaya akan sesuatu sumber tanpa usul periksa.

P14
Membeli kesenangan diri dengan mengingkari AQ, kerana dengki, sifat sombong utk mengakui kebenaran jika tidak memberi faedah dunia kepada mereka.

P15
Sombong utk mengakui kebenaran tapi yakin dengan tidak bersebab. Namun deep down mereka tahu mereka salah dan mereka takutkan mati.

P16
Manusia yg mengamalkan sihir tidak dapat bahagian yg baik di akhirat.

P17
Berserah diri kepada Allah dan berusaha utk baik amalan, mereka tidak akan berdukacita.

P18
Allah memiliki timur dan barat, arah kiblat diredhai Allah. Allah memiliki segala di langit dan dibumi, semuanya tunduk di bawah kekuasaanNya (this reminds on the rain formation in my previous blog post)

P19
Allah mengkabulkan permintaan dan doa2 Nabi Ibrahim dengan bersyarat

P20
Orang2 Yahudi tidak ada ketika N.Yaakub menyampaikan pesan kepada anak2nya ketika baginda hampir wafat

P21
Org Yahudi dan Nasrani tidak patut menyatakan N.Ibrahim, N. Ismail, N Ishaq, N Yaakub, dan anak2nya ialah agama Yahudi atau Nnasrani

P22
Timur dan barat adalah kepunyaan Allah. Pertukaran kiblat adalah utk menguji siapa yg benar2 mengikut Rasul mereka.

P23
Jika manusia ingat akan Allah, Allah akan mbalas dengan kebaikan, bersyukur dan jangan kufur. Minta pertolongan dgn solat dan bersabar. Allah menyertai orang2 yang sabar.

P24
Khabar gembira utk orang2 yang bersabar dengan ujian dengan menyebut, Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah, dan kepada Allah jualah kami kembali.

P25
Kejadian awan, peredaran angin dan awan yg tunduk terapung-apung, ada tanda keesaan Allah bg kaum yg mahu menggunakan akal fikiran.

P26
Manusia, ada antara mereka yg membeli kesesatan dengan meninggalkan petunjuk dan membeli azab seksa dengan meninggalkan dan keampunan tuhan.  (politik semasa)

P27
Perkara kebajikan itu bukan hanya dengan memandang pihak di Timur dan di Barat tapi kebajikan itu ialah berimannya seseorang itu kepada Allah dan hari akhirat dan segala malaikat, segala kitab, sekalian nabi, dan mendermakan hartanya sdg ia menyayanginya kepada kaum kerabat dan anak2 yatim dan org2 miskin, dan orang yg terlantar dlm perjalanan dan kepada org2 yang meminta dan utk memerdekakan hamba hamba abdi dan mengerjakan solat, mengeluarkan zakat, org2 yg menyempurnakan janjinya apabila bejanji, dan orang2 yg tabah  dan sabar dalam masa kesempitan dan masa kesakitan, ,dan orang yg masa bertempur dalam perang fisabilillah. 

P28
Orang yg mengetahui adanya ketidakadilan dalam wasiat, dan dia mendamaikan antara mereka, membetulkan wasiat, maka ia tidak berdosa. Allah itu hampir kepada hamba2Nya, memperkenankan doa apabila ia berdoa. Maka hendaklah mereka menyahut seruanKu, beriman kepadaKu spy mereka menjadi baik serta betul.

P29
Peredaran anak bulan itu merupakan waktu2 manusia, khasnya ibadah haji. Perangilah orang2 yang menceroboh, kerana Allah tidak suka orang yg menceroboh.

P30
Bunuh mereka, usir mereka, fitnah itu lebih besar bahaya nya daripada pembunuhan. Baiki amalan dan perbuatan, Allah mengasihani orang2 yg berusaha memperbaiki amalannya.

P31
Semasa membuat haji, ada yg berdoa utk kebaikan di dunia, dan mereka akan mendapatnya. Namun ada yg berdoa utk kebaikan dunia dan akhirat serta dipelihara dari azab neraka. Mereka itu lah yg akan mdapat bahagian yg baik dari apa yg mereka usahakan dan Allah maha cepat hitunganNya.

P32
Wahai orang2 yg beriman, masuklah kamu kedalam agama Islam dan jgnlah kamu menurut jejak langkah syaitan, kerana mereka adalah musuh yg terang nyata. Jika kamu tergelincir setelah diberi petunjuk dan keterangan2 yg nyata, ketahuilah Allah Maha Kuasa lagi Maha Bijaksana.

Mulanya manusia adalah umat yg satu. Namun setelah mereka berselisihan, Allah hantar kepada mereka nabi2 memberi khabar gembira buat org beriman dan amaran buat yang ingkar. Nabi2 itu diturunkan kepada mereka kitab2 suci untk menjalankan hukum diantara manusai mengenai apa yg mereka perselisihkan dan perselisihan yg terjadi hanya selepas datang kepada mereka hasad dengki sesama sendiri.

Allah memberi petunjuk kepada org2 beriman kearah kebenaran yg diperselisihkan oleh mereka dan 
dia sentiasa memberi petunjuk kepada sesiapa yg dikehendakiNya ke jln yg lurus.

Kamu mahu masuk ke syurga, namun bukan dengan tiada ujian. Akan ada rasa kemiskinan, penyakit, dan takut. Sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat.

P33
Harta benda kamu hendaklah kamu berikan kepada orang tua kamu, kaum kerabat, anak yatim, org miskin, org yg terlantar dlm perjalanan. Allah sebaik pemberi balasan.

P34
Kita diwajibkan berperang, dan ia perkara yg kita benci. Boleh jadi perkara yg kita benci itu baik utk kita, yg disukai itu buruk untuk kita. Allah juga yg maha mengetahui

Perbuatan menghalangi orang2 Islam dari jln Allah adalah besar dosanya dpd membunuh. (teringat kisah ust ebit lew happened recently)

Orang2 yg beriman, yg berhijrah dan berjuang pd jln Allah, mereka itu org yg mengharapkan rahmat Allah. Maka Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani.

Arak dan judi, dosa besar tapi keduanya ada sedikit manfaat bg manusia. Dermakanlah yg berlebihan daripada keperluan. Fikirkanlah.

P35
Memperbaiki keadaan anak yatim itu amat baik. Namun ada yg merosakkan daripada membaikinya. 
Allah mengasihi orang yg byk bertaubat dan yg sentiasa mensucikan diri.

Isteri seperti perniagaan, usahakan dan ia akan jadi gudang pahala.

P36
Ada manusia bersumpah kerana disengajakan. Namun allah maha pengampun dan maha penyabar.

P37
Allah beri contoh tggjawab ibu dan bapa dalam menyusukan dan menjaga keluarga spnjg 2 tahun pertama.

P38
Tidak salah utk lelaki mempunyai keiningan utk bernikah dgn seorang yg dlm iddah, tapi , jgn membuat janji dgn mereka di dalam sulit. jgn menetapkan bersungguh sungguh akad nikah sebelum habis idah mereka. beringatlah kamu akan kemurkaanNya.

P39
Solatlah dengan sempurna, khususnya solat Asar. berdirilah kerana Allah dgn taat dan khusyuk

P40
Apabila dilantik raja, dan diwajibkan perang, hanya sedikit yg melaksanakannya. Kerana Allah telah melantik Talut menjadi raja, seorang yang miskin dan tidak berjawatan. Dan mereka  mempertikaikan perintah Allah. Peristiwanya hadirnya peti Tabut yg mengandungi peninggalan Nabi Musa dan Harun.

P41
Kisah Talut dan sebatang sungai. Pengajarannya amat hebat di mana, jika sesuatu itu kita fikir kita perlukan (basic need), walau kita ambil sebanyak mungkin tidak menjamin kejayaan sesuatu perkara yg kita akan buat. Semuanya mengikut izin Allah kerana Allah bersama orang2 yg sabar.

Kalau Allah tidak menolak sesetengah manusia dengan sesetengahnya yang lain nescaya akan rosak binasalah bumi ini. Ayat ini menerangkan, walau dalam dunia sekarang pun, akan ada ujian2 untuk membezakan orang2 yang beriman dan tidak beriman. Dengan itu, sentiasa ada perubahan2 yang berlaku, orang keluar masuk parti dsb. Ini adalah aturan Allah utk kemaslahatan semua makhluknya.

P42
Apa yg terjadi setelah kematian Nabi Isa itu adalah dengan izin Allah. Segala persoalan dan pertelingkahan umat2 terdahulu adalah kerana Allah lebih mengetahui tetntang sikap2 mereka pada zaman itu. Mereka akhirnya berbunuhan dan bertelingkah. Maha Suci Allah yg tidak sedikitpn bersikap zalim, manusia lah yg sebenarnya menzalimi diri mereka sendiri.

Allah menyuruh kita menyebarkan sebahagian apa yg telah diberi kepada kita.

Allah tidak mengantuk dan tidur, dan disebalik itu menunjukkan Allah tidak ada kelemahan. Manusia dan makhluk perlu tidur kerana ia merupakan waktu manusia berehat dan menyembuhkan tisu badan dan menghilangkan toksik yang berkumpul dalam otak sepanjang manusia berjaga, dan Allah tidak memerlukan semua itu. Ia juga menunjukkan kepentingan tidur dan rehat untuk manusia dan haiwan.

P43
Apabila diberi kuasa pemerintahan, ada manusia yg berani mempertikaikan agama. namun apabila diberi hujah lain yg mereka tiada kuasa, mereka akan terdiam dan tercengang. Allah tidak memberi petunjuk kepada kaum yang zalim.

P44
Nabi Ibrahim mempunyai sikap ingin tahu yg tinggi. Apabila dia menyaksikn sesuatu kebesaran Allah, semakin tinggi tingkat imannya kepada agama Allah.

P45
manusia yang membelanjakan hartanya kejalan Alllah tidak akan rugi

P46
Sedekah secara terang2an adalah baik (memberi contoh yg baik kepada yg lain) dan secara sembunyi2 itu baik untuk diri kamu sendiri.

P47
Riba itu bukan sejenis perniagaan. Yang mengambil keuntungan daripada riba adalah berdosa. Hak kita adalah pokok asal harta kita.

P48
Konsep memberi pinjaman dan saksi (banking)

P49
Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yg  terdaya olehnya.

P50
Al Furqan diturunkan sebelum alQ. AlQ itu sebahagian ayat2nya ayat2 muhkamaat dan sebahagian lagi musasyaabihaat (samar2). Oleh itu timbul salah faham kerana orang2 yang ada dalam hatinya kecenderungan ke arah kesesatan maka mereka selalu menurut apa yg samar2 dalam dari AQ utk mencari fitnah dan takwilnya, padahal takwil sebenar hanya Allah yg tahu.

P51
Kesenangan hidup di dunia ialah benda2yg dingini nafsu iaitu perempuan2, anak-pinak, harta berpikul pikul dari emas dan perak (emas dan wang ringgit), kuda peliharaan (vehicle) lg bertanda (branded) dan terlatih (high speed), binatang2 ternak serta kebun2 tanaman (pekerja2 dan perniagaan2). Disisi Allah, ada tempat kembali yg sebaik-baiknya. Apa yg lebih baik dari segala kesenangan di dunia ialah beberapa syurga, yg mengalir dibawahnya sungai2 (keindahan dan ketenangan) dan mereka kekal di dalamnya (milik selamanya). Ada juga pasangan2 yang suci dan bersih (no restriction), juga keredhaan Allah. Dan Allah sentiasa melihat hamba-hambaNya.

P52
Hamba yang sentiasa berdoa supaya diampunkan dosa dan dipelihara daripada azab api neraka. Yang sabar dan benar, yang taat dan membelanjakan harta pada jalan Allah. Dan yang beristighfar pada waktu sahur.

Zohor
P53
Allah yang memberi kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang dia kehendaki. dan yang mencabutnya dari sesiapa yg dia kehendaki. Dia yang memasukkan malam kepada siang, dan juga siang kepada malam.

P54
Jika benar kita mengasihi Allah maka kita harus ikuti Nabi Muhammad, nescaya Allah akan mengampukan dosa2 kita.

Kisah isteri Imran yang menazarkan anak yang dikandungnya untuk sebagai seorangyang bebas dari urusan dunia. Dan ketika dilahirkan ialah anak perempuan, walaupun diharapnya anak lelaki. Dinamakannnya Maryam. Maka apa yg dinazarkan oleh isteri Imran diterima oleh Allah, dan diserahkan untuk dipelihara oleh Nabi Zakaria. Maryam selalu menerima pemberian dari Allah, kerana Allah memberikan rezeki kepada sesiapa yang dikehendakiNya dengan tidak dikira.

P55
Lalu Nabi Zakaria berdoa supaya dikurniakan kepadanya dari sisiMu zuriat keturunan yang baik, sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar doa permohonan. Lalu Allah memberi khabar gembira melalui malaikat yang dia akan menerima anak lelaki bernama Yahya. Yang akan menjadi ketua, menahan diri daripada berkahwin dan akan menjadi seorang Nabi dari orang2 yang soleh.

Dan mereka berbalah untuk mendapat hak menjaga Maryam. Maryam juga mendapat khabar gembira menerusi malaikat daripada Allah yang dia akan dapat seorang anak al-Masih Isa Ibn Maryam, seorang yg terkemuka dunia akhirat

P56
Dia akan berkata-kata semasa ia masih kecil, dan semasa dewasa akanjadi orang2 yg soleh. Allah akan mengajarnya ilmu, dan  menjadi Rasul kepada Bani Israel. Nabi Isa mempunyai banyak mukjizat untuk membuktikan dia adalah Rasul. Nabi Isa juga mengesahkanKitab Taurat yg diturunkan lama dahulu, dan untuk menghalalkn sebahagian perkara yang telah diharamakn kepada kamu. Oleh itu bertakwalah pada Allah dan taatlah padaku. Dan ketika ada kekufuran dikalangan mereka, maka apabila ditanya tentang penolong Nabi Isa, orang2 Hawariyyun yang menjawabnya.

P57
Orang2 yahudi itu pun merancang untuk membunuh Nabi Isa, dan Allah pula membalas tipu daya mereka. Perbandingan kejadian Nabi Isa adalah sama dengan kejadian Nabi Adam. Hanya dengan kalimah, jadi lah engkau, maka jadilah ia.

P58
Mengajak Ahli2 Kitab untuk tidak menyembah selain dari Allah, dan jangan mengammbil sebahagian yang lalu untuk dipuja dan didewa dewakan selain dari Allah. Jika mereka enggan menerimanya, maka katakanlah kepada mereka, "Saksikanlah kamu bahawa sesungguhnya kami adalah orang2 Islam.

Kenapa mereka argue tentang agama NabiIbrahim sedangkan kedua dua kitabTaurat dan Injil hanya datang selepas zaman Nabi Ibrahim. Nabi Ibrahim itu bukanlah beragama Yahudi dan Nasrani, tetapi dia seorang yg tetap tauhidnya seorang Muslim dan bukan pula dari orang2 yg syirik.

Orang yg hampir sekali dengan Nabi Ibrahim adalah orang2 yang mengikutinya dan Nabi Muhammad serta orang2 beriman.

Ada juga ahli Kitab yang berangan angan untuk menyesatkan kamu, padahal mereka tidak akanmenyesatkan melainkan diri mereka sendiri dan mereka tidak menyedarinya. Mereka juga menyedari kebenarantapi mereka pilih untuk kekal ingkar.

P59
Ada segolongan dari ahli kitabyg berpura-pura mengakui ayat2 AQ pada siangnya dan pada malamnya dia mengingkarinya. supaya mereka menjadi kafir semula. Ada juga diantara ahli kitab yang amanah, dan ada juga sangat tidak amanah kerana mereka ingat mereka tidak menanggung dosa. Mereka juga berdustta kepada Allah sedang mereka mengetahuinya. Orang yg mengutamakankeuntungandunia semata mata, Allah tidak akan memandang mereka langsung di akhirat.

P60
Ada di kalangan ahlikitab itu mengubah makna kitab taurat. tergamak mereka berdusta kepada Allah sedang mereka mengetahuinya.

P61
Orang yang kafir sesudah mereka beriman, kemudian bertambah kufur lagi, tidak sekali kali akan diterima taubat mereka, dan mereka adalah orang2 yg sesat.