Kepada peminat misteri2 alam macam saya, korang wajib ada satu apps yg namanya Curiosity Stream (CS). Apps ni berbayar tapi kalau nak tengok for free, boleh email saya nanti saya share login id and password (niesa.zaman@gmail.com)
Sebab apa saya nak share? sebab apps ni sebenarnya penuh dengan kajian2 barat seperti Discovery Channel tu. Yup ada yang kata Curiosity Stream ni is Neflix for Nerdy :D dan salah satu cara nak tadabbur alam ialah dengan lihat/dengar/baca kajian2 yang telah dibuat oleh manusia, especially dari barat sebab mereka banyak invest utk research.

Pada mulanya sy subscribe sebab awal tahun ni saya sangat berminat tentang kajian tapak sejarah di Pompeii Italy yang mana kemusnahan di bandar itu sangat serupa dengan apa yang terjadi dengan kaum Nabi Luth. Untuk Visit Pompeii memang dah ada dalam travel bucketlist saya, hopefully and insyaAllah with His willing, I will visit this historical site bcuz I am planning to travel to Italy-Switzerland-Slovenia in the future.

Sesungguhnya telah berlaku sebelum kamu (contoh kejadian-kejadian berdasarkan) peraturan-peraturan Allah yang tetap; oleh itu mengembaralah kamu di muka bumi, kemudian perhatikanlah bagaimana akibat orang-orang yang mendustakan (Rasul-rasul).

(A-li'Imraan 3:137)

Ada juga kajian tentang langit seperti Black Hole etc. So topik berkaitan sejarah dan sains ni memang favorite sangat, so this apps is a total dope for me.

Dalam CS ada 2 episod tentang ekspedisi Laut Hitam, pada 2015, sekumpulan ahli arkeologi maritim memulakan 3 tahun kajian untuk mengkaji bagaimana laut hitam terbentuk.
Mengikut kajian, 20,000 tahun lalu laut hitam ini pada asalnya adalah satu tasik pre-historic yang terpisah dengan lautan. Namun bagaimana ia kemudian banjir menyebabkan ia bersatu dengan laut tu masih dalam perdebatan (teringat kisah Nabi Nuh). Tapi bila mereka buat kajian, sebenarnya banjir yang menyebabkan terjadinya laut hitam ni bukan disebabkan banjir yang berlaku dlm masa yg singkat tapi memerlukan beribu-ribu tahun. So ia tiada kaitan dengan zaman Nabi Nuh.

contoh prehistoric lake

Dalam ekspedisi ni, selain mencari bagaimana laut hitam terbentuk, mereka juga mengkaji peradaban2 yang hilang dengan mencari kapal-kapal yg karam di dasar laut hitam.

Menariknya, kapal2 karam di dasar laut hitam adalah sangat terpelihara dan sempurna keadaannya, yang memudahkan penyelidik ini mengkaji bahan dan struktur binaan kapal dan kaitkan dengan tahun ia karam dan kepunyaan empayar kerajaan dalam sejarah. Ini kerana laut hitam, dibawah paras 150m ialah bersifat anoxic, bermaksud tiada oksigen wujud. Bila oksigen tiada, bahan organik seperti badan kapal yang dibuat daripada kayu balak beribu tahun lalu masih intact dan most of them sempurna.

Tapi ada juga certain tempat yang tinggi kandungan HS (hydrogen sulphide). HS ni terhasil daripada sejenis bakteria yang hidup berpaut pada kayu2 balak pada kapal karam. Ia menjadikan sumber kayu dasar laut ni sebagai makanan. So walaupun keadaan laut itu anoxic, kapal juga boleh reput kerana kehadiran makhluk Allah ini. Saya ada cover dalam blogpost sebelum ni bilamana wujudnya awan hitam yang gelap dan toksik dalam dasar laut yang diceritakan dalam AQ (refer here).

Uniknya, mereka mengkaji peradaban zaman lampau dengan mengutip amphora dalam kapal karam. Amphora ialah sejenis pasu/tembikar yg digunakan orang Greek zaman dahulu untuk pindahkan minyak zaitun, wain and pes ikan melalui kapal utk tujuan perdagangan. Mereka merentas lautan mediterranean dan juga laut hitam. Lepas karam, amphora itu akan penuh dengan sedimen, dan dengan itulah mereka para pengkaji ini boleh tahu tahun berapa kapal itu dibuat, jenis makanan yang wujud dsb.

Antara penemuan mereka yang terbaik ialah mereka jumpa kapal yang berusia 2500 tahun lepas yang tidak pernah dicatatkan dalam penemuan sebelum2 ni.

Bila habis tengok 2 episode ni, apa yang saya belajar dan semakin kagum dengan aturan Allah SWT ialah;

1. Allah preserve apa yang ada di dasar laut hitam dengan menjadikan air laut di bawah ini anoxic iaitu air yang tiada oksigen. Kerana kehadiran oksigen mampu mereputkan bahan organik kayu balak yang digunakan untuk membuat kapal, maka dalam keadaan gelap dan tiada oksigen, kondisi ini boleh membantu mengawetkan peninggalan zaman dahulu supaya manusia zaman kini boleh mengkaji dan belajar tentang apa yang telah berlaku. Ada juga kapal2 karam kepunyaan kerajaan Islam yang juga menguatkan lagi sejarah tentang apa yang berlaku di Rom dan juga kejayaan umat Islam zaman dahulu.

2. Allah memang mahukan kita mengkaji kaum dan peradaban masa lalu supaya hambanya mampu berfikir tentang kewujudanNya dan bagaimana sesuatu peradaban itu musnah supaya kita mengambil iktibar. Banyak sangat Allah mention dalam AQ tentang kapal di lautan yang dikaitkan dengan rezeki dan kebergantungan kita pada Allah, dan juga fungsi angin untuk membantu kapal itu berlayar. Ada juga Allah mention tentang harapan hamba2Nya, juga dosa dan pengampunan dariNya apabila berfirman tentang kapal di lautan.

3. Hydrogen sulphide yg tinggi di dasar laut ialah disebabkan kewujudan makhlukNya yg bernama microscopic bacteri yg hidup dalam filamen yang berpaut pada kayu balak kapal karam. Jika ada oksigen yang menghalang kereputan, ada juga bakteria yang memangkin pereputan organik. Setiap sesuatu itu ada pasangannya.

Dan Dia lah yang menguasai kapal-kapal yang belayar di laut, yang kembang tinggi layarnya seperti gunung-ganang;

(Ar-Rahmaan 55:24) 

4. Apabila sesuatu itu disebut di dalam AQ, mesti ia adalah sesuatu yg memberi hint untuk kajian lebih dalam. Dan dalam ayat di atas, layar2 kapal juga adalah element penting dalam ekspedisi ni sebab setiap zaman mempunyai layar yang berbeza-beza. dengan itu juga mereka boleh membezakan peradaban yang terkubur bersama kapal2 yang karam dalam laut hitam.

OK thats about it. Bolehlah start saving so nanti boleh travel utk lihat kebesaran Allah, dan belajar dari kesilapan orang2 terdahulu yang telah dimusnahkan. Setakat ni saya baru dapat ke Jogjakarta untuk melawat Borobudur yang dikaitkan dengan kajian Kiyai Fahmi Basyar, seorang ahli matematik Indonesia yang mengkaji kaitan Borobudur dengan zaman Nabi Sulaiman dahulu. InsyaAllah lepas covid settle boleh plan untuk travel lagi =D